Monday, July 26, 2010

Lagu Untuk Kawan



LAGU UTK KAWAN2 kita semua n sedikit kata2:-
Friendship goes in and out.
To make it stay, to be more than a doubt.
A wish well wanted, to become real,
To see through the mist that's never still.

Julia 2010

Thursday, July 22, 2010

Bersama Mencipta Sejarah

sample photo

Kumpulan pelajar SK Bungin sesi 1984-1989 ( lahir 1976/77) telah mencipta beberapa sejarah tersendiri :

1. Sebagai kumpulan terakhir yang bersekolah di sekolah lama SRK Bungin ( terletak di kpg tengah/hulu) dan kumpulan pertama yang bersekolah di sekolah baru ( terletak di kpg tengah/baru).

2. Kumpulan pertama yang menggunakan sistem persekolahan baru, KBSR.

3. Kumpulan pertama yang menduduki peperiksaan UPSR ( sebelum itu Penilaian Darjah 5 )

4. Mencatatkan rekod terbaik dalam UPSR peringkat daerah ( mungkin bahagian juga ) dengan 5 pelajar mencatatkan keputusan 5A ( belum dipecahkan hingga kini?)

5.Juga kumpulan paling ramai dalam sejarah sekolah dengan 2 buah kelas berasingan.

Terkini :

1. Kumpulan pertama yang menubuhkan Alumni untuk sekolah ini.

2. Ini juga merupakan blog alumni yang pertama (hehe...bangganya aku)

Walaupun sekolah ini telah lama kami tinggalkan semoga akan ada lagi sejarah yang bakal kami ciptakan nanti..Insya Allah..

Sebuah Puisi Untuk Kawan-kawan



sekolah tercinta SK Bungin
sekolah yang penuh dengan kenangan manis
sekolah yang penuh dengan kenangan lucu

tertawa ku sendiri mengenang zaman itu
terimbau kembali masa lalu bersama sahabat seperjuanganku!
aku rindu mereka!
gelak ketawa bersama
berkongsi segala ilmu pengetahuan bersama

sekolah tercinta SK Bungin
Kenangan itu abadi bersamaku
bersama sahabat seperjuangan
yang belum pernah kenal erti warna warni kehidupan

sekolah tercinta SK Bungin
ku nukilkan kata-kata suara hati ini
keinginanku melonjak tinggi!
di suatu masa nanti aku ditakdirkan
bertemu kembali sahabat seperjuangan ku ini!

Oleh : Julia 2010

Thursday, July 15, 2010

Cinta Monyet

sample photo
sample photo
Perkataan 'cinta monyet' memang sinonim dengan zaman kanak-kanak.Cuma pada masa itu kita tak faham kenapa diumpamakan sebegitu.Kerana yang dirasai seperti benar-benar sedang dilamun cinta. Setelah usia meningkat barulah diri mulai faham bahawa perasaan itu adalah lahir dari naluri nakal seorang 'budak' yang baru nak mengenali dunia. Ada yang dari zaman sekolah rendah lagi dah tau erti 'cinta' atau 'gerek' dalam bahasa Sarawak. Ujian Bahasa Malaysia belum tentu lulus tapi sudah pandai tulis surat cinta. Haha..zaman kanak-kanak memang semuanya indah. Ada yang bangga menunjukkan surat cinta yang dia dapat.Emm..kecik-kecik lagi dah ada peminat?Bagaimana pula dengan gossip? Juga wujud di zaman kanak-kanak. Bukan saja dikalangan sesama rakan sekolah malah ada juga dikalangan guru yang mengusik. Jadi mulalah timbul gossip mengatakan " si anu gerek si anu"..Menjadi bahan usikan berterusan. Ada yang tersipu malu ( ceh..mcm ade je) ada juga yang akan mengamuk. Masa tu lelaki ke perempuan tak kisah pun nak bertumbuk..tapi bila dah dilanda masalah sebagai contoh kena marah guru atau ibu bapa mulah lah kelam kabut..Lantas masing-masing melarikan diri tanpa rasa tanggungjawab jadi cinta itu pun berakhir dengan mudah nya..Ooo... jadi patutlah digelar cinta monyet..monyet mana tau nak bertanggungjawab...hahaha

Wednesday, July 14, 2010

Al Fatihah






Teringat tahun lepas pada tanggal 21 Oktober 2009 ketika aku dan family dalam perjalanan nak ke airport Sibu aku mendapat panggilan telefon dari Cikgu Mamin mengatakan Chik meninggal. Tuhan je tahu perasaan aku kerana baru saja pagi tu mendapat khabar dari kawan-kawan di FB kata dia masuk hospital Sri Aman. Masing-masing kami berdoa moga dia cepat sembuh kerana tak menyangka sampai macam itu sekali.Kenapa segalanya berlaku terlalu pantas? Pemergianku bersama keluarga ke Sabah untuk bercuti menjadi sayu kerana aku lebih banyak memikirkan tentang dia. Di Sabah aku berjumpa Joi dan Wati, kami mengenangkan nasib beliau, seorang kawan yang telah lama mendiamkan diri dan tiba-tiba pergi buat selamanya.Timbul rasa penyesalan di hati..rasa bersalah dan pelbagai lagi kerana sebelum ini dia seperti telah dilupakan oleh kawan-kawan terutamanya aku sebagai kawan rapat dia.
Muzavaraty Hj Seliman, seorang pendiam dan lucu. Dia hanya petah berbicara dengan teman-teman rapat. Ceritanya tak pernah lari dari kelucuan. Hingga seringkali kawan-kawan menge'cop" dia sebagai seorang yang tak pernah serius seperti tak pernah bermasalah..Cuma dia yang tahu masalah yang dia hadapi.Luaran di menggembirakan kawan-kawan, perginya tiba-tiba kerana tak mahu menimbulkan masalah kepada orang lain..Chiq..kami doakan kebahagianmu di sana..Al Fatihah..

SK Bungin 2010


Sengaja aku melawat ke sekolah lama untuk mengenang kembali zaman persekolahan yang telah lama ditinggalkan. Bukan satu malah beribu kenangan telah diciptakan di sini bersama rakan-rakan seperjuangan selama 6 tahun. Kini semuanya menjadi memori indah yang tak pernah luput dari ingatan. Zaman kanak yang penuh dengan kegirangan..

Kini Kami Telah Dewasa

KELAS 1A-6A (1984-1989)

KELAS 1B-6B ( 1984-1989)

Mula Masuk Sekolah

"mula masuk sekolah di hantar oleh ayah..mulanya aku resah asyik ingatkan rumah"
Antara baris lagu terawal yang diperdendangkan masa di sekolah rendah. Kalau dihayati sebaiknya memang betul apa maksud dalam lagu ni. Mulanya memanglah semua serba merisaukan, menakutkan dan pelbagai lagi perasaan tapi akhir setelah mula mendapat kawan segalanya menjadi indah.
Aku mula menjejak kaki ke alam persekolahan pada tahun 1984 di tahun satu. Masa tu tak wujud lagi tadika. Kumpulan kami dibahagikan kepada dua buah kelas kerana jumlahnya terlalu ramai. Seramai 62 orang kesemuanya. Sebahagian lahir dalam tahun 1976 dan sebahagian lagi tahun 1977. Dari situlah aku wujudkan nama blog ini..Alumni 7677...satu pertemuan semula.

Tuesday, July 13, 2010

Ku Mulakan Dengan Memberi Salam..



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Pada tarikh 10 Julai 2010 yang lalu buat pertama kalinya setelah lebih 20 tahun aku menjejak kaki semula ke sekolah lama ku, Sekolah Kebangsaan Bungin atau dulu dikenali sebagai SRK Bungin.Bukan tak pernah ke situ sebelum ini cuma kali ini aku datang secara peribadi. Atas dasar amanah dari kawan-kawan dan juga keinginan peribadi ku untuk menjejak kaki ke situ. Kami merancang untuk mengadakan satu majlis khas pada hari raya yang akan datang jadi aku perlu ke lokasi untuk membuat tinjauan dengan kerjasama dari Guru Besar sekolah, Cikgu Mamin.Beliau pernah juga menjadi guru kelas kami suatu masa dulu. Meneruskan pengorbanan beliau mendidik anak-anak kampungnya sendiri. Pelbagai perasaan timbul bila aku dibawa oleh GB berjalan-jalan di kawasan sekolah.Setiap tempat kaki ku jejak mengimbau pelbagai cerita. Segala yang pernah terungkap lebih 20 tahun yang lalu. Kerana itu hatiku terdetik untuk mengumpul semua kenangan dan sejarah bersama kawan-kawan seperjuangan dan sekampung menerusi blog khas ini..Semoga ia bisa memberi kebaikan kepada semua teman-teman yang aku hargai..