Wednesday, July 14, 2010

Al Fatihah






Teringat tahun lepas pada tanggal 21 Oktober 2009 ketika aku dan family dalam perjalanan nak ke airport Sibu aku mendapat panggilan telefon dari Cikgu Mamin mengatakan Chik meninggal. Tuhan je tahu perasaan aku kerana baru saja pagi tu mendapat khabar dari kawan-kawan di FB kata dia masuk hospital Sri Aman. Masing-masing kami berdoa moga dia cepat sembuh kerana tak menyangka sampai macam itu sekali.Kenapa segalanya berlaku terlalu pantas? Pemergianku bersama keluarga ke Sabah untuk bercuti menjadi sayu kerana aku lebih banyak memikirkan tentang dia. Di Sabah aku berjumpa Joi dan Wati, kami mengenangkan nasib beliau, seorang kawan yang telah lama mendiamkan diri dan tiba-tiba pergi buat selamanya.Timbul rasa penyesalan di hati..rasa bersalah dan pelbagai lagi kerana sebelum ini dia seperti telah dilupakan oleh kawan-kawan terutamanya aku sebagai kawan rapat dia.
Muzavaraty Hj Seliman, seorang pendiam dan lucu. Dia hanya petah berbicara dengan teman-teman rapat. Ceritanya tak pernah lari dari kelucuan. Hingga seringkali kawan-kawan menge'cop" dia sebagai seorang yang tak pernah serius seperti tak pernah bermasalah..Cuma dia yang tahu masalah yang dia hadapi.Luaran di menggembirakan kawan-kawan, perginya tiba-tiba kerana tak mahu menimbulkan masalah kepada orang lain..Chiq..kami doakan kebahagianmu di sana..Al Fatihah..

No comments:

Post a Comment