Tuesday, September 14, 2010

Bersama Mencipta Sejarah

Tanggal 3 Syawal 1431H bersamaan 12 September 2010 yang lalu bertempat di dewan Sk Bungin akhirnya tercapai jua hasrat untuk menjayakan majlis reunion yang telah dirancang sejak 3 bulan lalu.Walaupun banyak halangan yang terpaksa ditempuh berkat kerjasama dari semua kawan-kawan yang dari kecil lagi telah menjadi kawan yang setia, satu persatu masalah diselesaikan bersama. Yang paling utama show must go on...
Walaupun hanya separuh yang dapat hadir namun ia sudah cukup untuk mencipta satu sejarah kerana majlis sebegini tak pernah lagi diadakan oleh mana-mana kumpulan bekas pelajar di kampung ini. Sesungguhnya kumpulan kami adalah yang paling sporting dan bersatu..
Penghargaan kepada semua AJK yang terlibat dan semua yang sanggup meluangkan masa disamping menghulurkan sumbangan tanpa perlunya sponsor untuk menjayakan hasrat yang mulia ini..yang penting tema "bersama mencipta sejarah" telah tercapai..next time mungkin dengan tema "apa ada pada status"...





No comments:

Post a Comment